FORTIFIKASI

Zat Besi Dan Bijirin

Share it with your friends
Cereal Toppings with iron

BETAPA PENTINGNYA BIJIRIN YANG TINGGI ZAT BESI UNTUK PENGALAMAN SARAPAN PAGI ANDA?

Salah satu nutrien penting yang diperlukan oleh badan kita untuk pertumbuhan dan perkembangan ialah zat besi. Ia satu mineral yang boleh didapati dalam pelbagai makanan berasal dari tumbuhan dan haiwan, tetapi kebanyakan orang tidak mendapat cukup zat besi dalam diet mereka. Dengan kekurangan zat besi menjadi kebiasaan dalam kalangan populasi, bijirin difortifikasi Nestlé® boleh menjadi penyelesaian untuk membantu anda meningkatkan pengambilan zat besi anda. 

Zat besi adalah penting kerana badan anda memerlukannya untuk menghasilkan hemoglobin yang merupakan komponen penting sel darah merah [1]. Ia membawa oksigen ke seluruh badan. Anda juga menggunakan zat besi untuk membuat mioglobin, yang membawa oksigen ke dalam otot anda. Ia juga merupakan sebahagian daripada beberapa hormon. 

Anda memerlukan oksigen yang mencukupi untuk sampai ke sel anda untuk berfungsi. Oleh itu, mempunyai hemoglobin yang mencukupi adalah penting untuk kesihatan yang baik. Ia juga penting dalam fungsi otak. 

JUMLAH ZAT BESI YANG ANDA PERLUKAN BERGANTUNG KEPADA UMUR DAN JANTINA ANDA

Menurut Malaysian Recommended Nutrient Intake (RNI, 2017), seorang lelaki dewasa memerlukan kira-kira 14mg tetapi seorang wanita memerlukan lebih daripada dua kali ganda itu [2]. Dan jika seorang wanita hamil, keperluan untuk zat besi manjadi lebih tinggi, memerlukan 100mg zat besi tambahan dan dalam kes anemia, dos yang lebih tinggi diperlukan. Wanita yang datang haid juga memerlukan diet yang kaya dengan zat besi kerana kehilangan darah.

Jika anda tidak makan daging, anda perlu mengambil lebih banyak makanan yang kaya dengan zat besi dari sumber berasaskan tumbuhan kerana badan anda tidak boleh menyerap zat besi daripada sumber ini [3] sebaik seperti zat besi daripada sumber berasaskan haiwan. 

Jika anda tidak mengambil zat besi yang mencukupi, anda boleh mengalami kekurangan zat besi yang boleh menyebabkan anemia di mana badan anda tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi. Anda mungkin tidak menyedari bahawa anda mengalami kekurangan zat besi kerana anda hanya berasa agak letih dan tidak sihat. Tetapi kekurangan yang berterusan boleh menyebabkan anda berasa sesak nafas, menjejaskan ingatan dan fungsi kognitif yang lain, malah menjadikan anda terdedah kepada jangkitan. 

NESTLÉ® MULA MENAMBAH ZAT BESI KE DALAM BIJIRIN PADA TAHUN 1920-AN DALAM PROSES YANG DIPANGGIL FORTIFIKASI UNTUK MEMBUAT BIJIRIN KAMI SEBAGAI SUMBER ZAT BESI

Ini satu bonus untuk keluarga anda kerana kajian telah menunjukkan bahawa kanak-kanak dan orang dewasa yang makan bijirin difortifikasi telah meningkatkan pengambilan pemakanan mereka terutamanya dalam vitamin dan mineral [4, 5].

UNTUK MENINGKATKAN PENGAMBILAN ZAT BESI ANDA, TAMBAHKAN BEBERAPA BUAH-BUAHAN, KEKACANG ATAU BIJIAN KE DALAM BIJIRIN SARAPAN PAGI NESTLÉ® YANG DIFORTIFIKASIKAN.

Biji-bijian menjadi topping sarapan pagi yang lazat dan adalah sumber zat besi yang baik. Satu sudu besar biji labu atau biji rami boleh menambah satu lagi mikrogram zat besi. Buah-buahan kering juga padat dengan zat besi, terutamanya aprikot dan kismis. Jangan lupa untuk minum segelas jus oren dengan sarapan pagi anda atau menambah beberapa beri biru pada bijirin anda. Vitamin C yang terkandung di dalamnya membantu tubuh anda menyerap zat besi. Tahukah anda bahawa coklat hitam juga boleh mengandungi banyak khasiat? Parut satu auns ke dalam bijirin Nestlé®  anda yang difortifikasi pada waktu pagi, dan anda akan menambah lagi 3.4mg zat besi [6]. Sedapnya! 

Menurut Malaysian National Health and Morbidity Survey (NHMS, 2019), prevalens anemia kekurangan zat besi di kalangan wanita dewasa di Malaysia adalah 29.9% [7] manakala prevalens kekurangan zat besi di kalangan kanak-kanak adalah 4.4% [8]. Oleh itu, untuk meningkatkan pengambilan zat besi anda, pertimbangkan untuk memasukkan bijirin yang merupakan sumber besi seperti bijirin sarapan pagi Nestlé® yang difortifikasi. 

ARTIKEL BERKAITAN

Footnote: